Visa Haji

Assalamualaikum.

Sudah tiba musim haji untuk kesekian kalinya. Ramai jemaah Tabung Haji sudah mula yang sudah diterbangkan ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah. Moga Allah Taala menerima kerja dan ibadah haji.

Cumanya kedengaran visa haji dikurangkan untuk tahun ini dan juga tahun-tahun mendatang kerana memberi jalan untuk kerja pembesaran Masjidil Haram. Ini menyebabkan ramai jemaah haji khususnya yang mengambil pakej swasta terkandas.

Image

Masjid Qisas, Jeddah

Seperti mana yang berlaku lewat bulan Ramadhan yang lalu, ramai jemaah yang terpaksa membatalkan hajat kerana kesulitan agensi-agensi pengelola umrah mendapatkan visa.  Banyak sekali insiden kurang enak didengari dek kerana kegagalan pihak agensi untuk menerangkan situasi sebenar yang berlaku kepada para jemaah yang terlibat.

Walau bagaimanapun, kita berharap agar tahun hadapan urusan visa dapat dipermudahkan oleh pihak kerajaan Saudi.

Buat yang dapat pergi mengerjakan haji tahun ini, selamat mengerjakan haji dan buatlah ibadah bersungguh-sungguh dan kepada yang belum mendapat peluang, sama-sama kita berdoa moga Allah Taala memperkenankan kita untuk menjadi tetamuNya, insyaAllah.

Selamat beribadat. Hajj Mabrour wa Sa’ya Masykur.

Posted in Berita | Tagged , , | Leave a comment

Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum.

Bersempena dengan Hari Malaysia yang bakal tiba tak lama lagi, marilah kita sama-sama memarakkan rasa cinta kita kepada negara dengan belajar dan menuntut ilmu supaya dapat kita mempertahankan kedaulatan negara dengan ilmu, pengetahuan dan semangat.

images

Selamat Menyambut Hari Malaysia.

Posted in Utama | Leave a comment